Pertandingan bermula pada jam 11 pagi selepas bengkel tamat. Semasa bengkel itu juga diterangkan bagaimana cara dan teknik2 bagaimana cara untuk mengambil gambar serangga yang cantik dan baik. Peserta2 yang datang juga tidak kurang hebatnya dengan masing2 membawa kamera dan peralatan yang diperlukan untuk mengambil gambar. Sesi mengambil gambar diberikan agak lama juga. Pada sesi pagi saya berjaya mengambil gambar2 serangga yang agak menarik, tetapi saya masih tidak berpuas hati kerana masih tidak memenuhi kriteria yang diperlukan. jadi pada sesi petang saya sekali lagi cuba untuk mencari dan mengambil gambar yang lebih baik untuk dihantar sebelum sesi mengambil gambar tamat.
Berikut adalah gambar2 yang dapat saya ambil pada hari tersebut. Agak sukar sekali kerana memerlukan kesabaran yang tinggi:
Dan gambar ini telah berjaya memikat hati juri. Walaupun bukan tempat pertama tapi saya bersyukur dgn mendapat saguhati. Susah juga nak dapatkan shot yang ni. beberape kali subjek berubah tempat.
Penyampaian hadiah diadakan pada 20 Feb 2011 bertempat di tamana Rekreasi Air Wetland Putrajaya. Saya masih tak percaya juga kerana saya gambar saya berjaya mendapat tempat saguhati. Alhamdulillah...
Dalam pertandingan seperti ini, kita harus banyak membuat research dan mengetahui tema pertandingan tersebut. Saya banyak mencari dan belajar teknik dari blog Saifulnang kerana disitu terdapat beberapa teknik yang menarik untuk di aplikasikan untuk mendapat hasil yang terbaik.