Jumlah Paparan Halaman

Powered By Blogger

Khamis, 17 Februari 2011

Karnival WoW Putrajaya 2011

Karnival WOW Putrajaya telah diadakan pada 11-13 Februari 2011 yang lalu bertempat di tapak pasar tani Presint 2. Setiap tahun karnival WOW akan berlangsung dan karnival pada ini lebih menarik kerana ia juga menyambut sempena 10 tahun Putrajaya diisyhtiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.


Berbagai jenis aktiviti yang menarik turut diadakan untuk memeriahkan lagi suasana karnival WOW pada tahun ini antaranya seperti pertunjukkan bunga api, hot air balloon, senamrobik, pertandingan futsal dan pelbagai jenis gerai jualan dan makanan. Tidak lupa juga persembahan artis2 tanahair kita seperti Milla AF5, Ramli Sarip, Ella, Awie, Amy Search, Itto Blues Gang, hujan dan artis jemputan dari Indonesia Odie Agam.


Antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa karnival:


Budak jual belon

 Milla AF5

 Ito Blues Gang

 Hujan

 Ramli Sarip

 Awie

 Amy Search

 Ella

 Lagu Duet "Baldu Biru"



Persembahan bunga api di penutup konsert Karnival WOW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan